D'Nadzri Family
Adalah sebuah bahtera keluarga yang diketuai oleh seorang nakhoda iaitu Ayahnda Nadzri Dollah dan diabntu oleh bonda yang dicintai iaitu Ibunda Norita Yaacob.Bahtera ini mempunyai 4 orang anak kapal iaitu anaknda Rahmad,anknda Rahman,anaknda Rahim dan anaknda Rasyidah.Bahtera ini telah melayari kehidupan selama 21 tahun tampa sebarang rasa jemu walaupun pelbagai badai yang melanda bahtera ini tetap kukuh untuk melayari kehidupan ini yang serba mencabar.Tampa kesabaran yang tinggi bahtera ini sudah pasti karam dihempas badai yang melanda.Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberikan kami kekuaatan dan ketabahan untuk meneruskan pelayaran kami hingga hujung nyawa.
Assalamualaikum…
Selepas membaca buku karangan Ridhuan Mohd Nor yang bertajuk Memperingati 100 tahun Hassan Al Banna, saya berfikir sejenak apabila di akhirul kalam penulis, beliau mengatakan bahawa faktor genetik cukup mengesankan dalam menghadirkan seorang pejuang yang menoreh sejarah, malah disekalikan dengan faktor lingkungan persekitaran seseorang itu membesar. Ini merujuk kepada bagaimana Hassan Al Banna sendiri yang membesar dengan didikan agama dan kemuliaan ajaran sejak dari kecil lagi.
didiklah ahli keluargamu mengenal Allah
Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali KWJ yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat.
Begitu juga Usamah bin Zaid yang menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar. Usamah merupakan anak kepada tokoh Islam iaitu Zaid bin Harithah(anak angkat Rasulullah SAW). Usamah dibesarkan dalam perhatian dan kasih sayang baginda Nabi SAW terutama selepas syahidnya ayah Usamah dalam perang Muktah. Rasulullah SAW sendiri yang mengasah potensi dan bakat yang ada pada Usamah bin Zaid. Buktin kehebatan Usamah dapat dilihat apabila beliau telah dilantik sebagai panglima perang dalam umur belasan tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)